Friday 27 December 2013

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di 37 pintu masuk


filepic: PelanconganKini
PUTRAJAYA 27 Dis. - Tourism Malaysia bakal mengadakan sambutan selamat datang sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di 37 pintu masuk negara pada 1 Januari ini.

Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik, Datuk Musa Yusof berkata, sambutan selama tiga hari itu bertujuan memaklumkan kepada semua pihak bukan sahaja pelancong malah rakyat negara ini mengenai pelancaran TMM 2014.

Menurutnya, sambutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti contohnya bakal melibatkan persembahan muzikal dan pemberian buah tangan kepada pengunjung ke negara ini.

"Pendekatan seperti ini adalah untuk memeriahkan lagi sambutan TMM 2014 dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Malaysia.

"Kita mahu menjadikan pelancaran TMM 2014 ini sebagai misi nasional yang melibatkan seluruh rakyat negara ini untuk menjayakannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan program jelajah 'Countdown Journey TMM 2014' dari Putrajaya ke Pulang Pinang di lobi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini hari hari ini.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.