Wednesday 14 March 2018

Kelantan Art & Culture Festival @ Stadium Sultan Muhammad IV ( 23 ~ 25 March 2018 )


Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Temasya Kesenian & Kebudayaan Kelantan, 'Kelantan Art & Culture Festival' pada 23 - 25 Mac 2018, bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Program ini diadakan adalah bersempena dengan Tahun Melawat Kota Bharu - Bandaraya Islam 2018.

 
Antara program menarik yang telah diatur adalah seperti acara pameran dan persembahan kebudayaan, festival makanan, seni kepantasan, pasar buku, pasar seni, persembahan oleh masyarakat Orang Asli, pertandingan Dam Aji, persembahan oleh selebriti terkenal seperti Izzue Islam, Nastia, Flop Poppy, Pa'din Musa dan banyak lagi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Negeri Kelantan di talian telefon 09-748 5534/ 3543.
-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.