Saturday 3 May 2014

Teater Projek Kahwin @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 6~14 Jun 2014 )


Setelah kejayaan mementaskan teater komedi, Maduku Kalut, MASK Team kini berkolaborasi bersama IIAN Enterprise dengan mementaskan sebuah teater humor dokumentari yang bertajuk ‘Projek Kahwin’. ‘Projek Kahwin’ akan dipentaskan pertama kalinya di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun 2014 pada jam 8.30 malam. Pementasan teater ini melibatkan 10 persembahan di mana pada 7 dan 14 Jun 2014 diadakan persembahan matinee di sebelah petang.

Pementasan teater PROJEK KAHWIN ini diarahkan oleh Muhammad Azri Ali berdurasi hampir 2 jam ini mengisahkan tentang suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan masyarakat yang berbangsa Melayu di negara ini. Rizal dan Nisa, merupakan kedua pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka, namun mendapat pelbagai halangan apabila pihak keluarga turut sama melibatkan diri dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka. Setiap watak menggambarkan peribadi masyarakat di Malaysia. Setiap daripada isi yang disampaikan merupakan kajian yang telah dibuat terlebih awal oleh pengarah naskah ini sendiri.

Turut diadakan juga bersama teater ini adalah Pameran Pengantin yang akan bermula pada 11 hingga 15 Jun 2014dan Femes Bazaar yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2014 di sekitar ruang legar Istana Budaya bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Teater ini membariskan para pelakon komersial dan pentas seperti Izzue Islam, Kilafairy, Hanez Suraya, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Imam Muda Asyraf, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Fazleena Hishamuddin, Atoi Tohet dan penampilan khas Kumpulan Forteen.

JADUAL PEMENTASAN TEATER PROJEK KAHWIN
ARTIS YANG TERLIBAT
TARIKH PEMENTASAN
IZZUE ISLAM, KILAFAIRY, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ
6 JUN 2014 – 8.30PM
7 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM
8 JUN 2014 – 8.30PM
9 JUN 2014 – BREAK
10 JUN 2014 – 8.30PM
11 JUN 2014 – 8.30PM
IZZUE ISLAM, HANEZ SURAYA, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ
12 JUN 2014 – 8.30PM
13 JUN 2014 – 8.30PM
14 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM

Pas-pas masuk berharga RM35, RM 55, RM85, RM125, RM155, RM185 & RM225 (PLATINUM) boleh didapati di AirAsiaRedTix dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya.
Untuk tempahan secara berkumpulan atau secara pukal, dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612 dan Shubby di talian 016-3388543.
-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.