Wednesday 7 May 2014

Promosi VMY 2014 Bersama KL Hop-On Hop-Off (HOHO)

PUTRAJAYA, 6 MEI Para pengunjung Pesta Air Langkawi 2014 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Mei di Pantai Chenang berpeluang untuk menaiki bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (HOHO) yang dibawa khas buat julung kalinya oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Syarikat Elang Wah Sdn Bhd ke Langkawi sempena pesta air di pulau tersebut.

Kehadiran bas percuma KLHOHO ini diharapkan akan dapat menambahkan kemeriahan pesta air tersebut di samping memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dengan lebih jelas lagi menggunakan bas bertingkat itu.

Laluan terpilih bas KLHOHO di Pulau Langkawi akan menghubungkan pelbagai destinasi pelancongan melibatkan enam perhentian. Bas KLHOHO akan mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi-lokasi berikut :

1.    Bermula di Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi (Pekan Rabu)
2.    Pekan Kuah (Jalan Pandak Mayah 3)
3.    Kompleks HIG (Haji Ismail Group)
4.    Langkawi Parade
5.    Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri
6.    Laman Padi


Waktu operasi Bas HOHO adalah seperti berikut:

9 Mei 2014 (Jumaat)    - 9.00 pagi hingga 8.00 malam
10 Mei 2014 (Sabtu)    - 9.00 pagi hingga 8.00 malam


Pesta Air Malaysia Langkawi menawarkan pameran dan bazar jualan, “1Malaysia Green 1Malaysia Clean (Bersih Pantai), pertandingan futsal pantai, bola tampar pantai, pertandingan Homestay Masterchef, pertandingan karaoke, sukaneka pantai, konsert dan pelbagai aktiviti air dan pantai lain.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.