Sunday 5 August 2018

Langkawi: Nilai barangan dikecualikan cukai dinaikkan kepada RM1,000

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Perasmian
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Kuah. - Foto Azhar Ramli

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nilai barangan dikecualikan cukai bagi pelancong dari tanah besar yang membeli-belah di Langkawi dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

Perdana Menteri berkata, keputusan terbabit membolehkan pelancong tempatan berbelanja dengan lebih selesa, sekali gus meningkatkan ekonomi pulau bebas cukai itu.

"Maka saya mahu isytiharkan bahawa kerajaan membenarkan pelancong yang membeli belah tidak dikenakan cukai jika membeli barangan bernilai sehingga RM1,000.

"Bagaimanapun, rokok dan arak tidak termaktub dalam keputusan ini kerana kerajaan mahu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat," katanya dalam ucapan perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Langkawi City, Kuah, di sini hari ini.

Peraturan had nilai barangan itu sudah lama tidak dipinda sejak digubal pada tahun 1986.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa hampir sejam meninjau kemudahan dan pesakit di wad Hospital Langkawi (HL).

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kemudian menerima taklimat tertutup berkaitan operasi harian HL yang disampaikan Pengarahnya, Dr Mansor Ismail.



Hospital itu memulakan operasi pada 1915 dan Dr Mahathir adalah Pegawai Perubatan kedua bertugas di hospital itu pada 1956.
-berita harian online.
https://www.lada.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.