Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria serta Setiausah Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Baginda seterusnya berkenan menyaksikan gimik pelancaran sebagai simbolik kepada penyempurnaan acara itu.

Gimik berupa persembahan air berkonsep cahaya ultra-ungu, pertunjukan pemetaan cahaya laser dan hologram pada skrin air, bot berhias, persembahan jet ski dan pertunjukan bunga api.

Visit Beautiful Terengganu 2017 menyediakan pelbagai kegiatan di Pulau Warisan di pusat bandaraya ini antaranya termasuk permainan tradisional, persembahan kebudayaan dan kesenian, gerai pameran dan jualan serta aktiviti Motofest Terengganu.