Thursday 24 September 2020

KLIA Crazy Sale Dan Cuti-cuti Malaysia Mini Travel Fair @ KLIA ( 25 ~ 30 September 2020 )

 


Malaysia Airports Holdings Berhad dengan kerjasama Tourism Malaysia akan menganjurkan KLIA Crazy Sale and Cuti-cuti Malaysia Mini Travel Fair untuk kali kedua dengan butiran seperti berikut: 

Tarikh  :  25 hingga 30 September 2020

Masa    :  10.00 pagi hingga 8.00 malam (25-26 September)

                10.00 pagi hingga 6.00 petang (27-30 September)

Tempat:  Kawasan Pentas Anjung Tinjau, Tingkat 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Acara jualan ini akan mengetengahkan pelbagai jenama dari dari lapan peruncit iaitu Dimensi Eksklusif, DR Group, Eraman, Heinemann, Karyaneka, Legardere Travel Retail, Retail One dan Valiram. Antara jenama mewah yang ada termasuklah Michael Kors, Tory Burch, Coach, Furla, Tumi, Lego, Godiva, TWG, Lacoste dan Victoria Secret.

Tourism Malaysia telah membawa lapan pempamer bagi Cuti-cuti Malaysia Mini Travel Fair iaitu Malindo Air, Flywind Holidays, Farm In The City, i-City, Museum of Illusion, Gopeng Glamping Park, Avenue Garden Hotel, GR Travel & Tours dan GIT Tours & Travels dengan pelbagai pakej menarik.

Sebarang maklumat tambahan dan kemaskini, bolehlah ikuti Facebook dan Instagram @shopMYairports

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.