Saturday 24 November 2018

Majlis Rumah Terbuka Malaysia DEEPAVALI 2018 @ Klang, Selangor ( 25 November 2018 )


Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2018.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai kaum bagi merayakan Deepavali secara bersama dalam suasana harmoni bagi memupuk persefahaman dan perpaduan masyarakat Malaysia.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung seperti persembahan kesenian, persembahan artis terkenal, Deepavali Idol 2018, fiesta food truck dan sebagainya akan berlangsung bersempena dengan program MRTM Deepavali 2018 ini.

Majlis dijangka akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Butiran bagi penganjuran MRTM Deepavali 2018 adalah seperti berikut:

Tarikh:          25 November 2018 (Ahad)
Masa   :          10.00 pagi – 11.30 malam

Tempat:        Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor

-Tourism Malaysia.

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.