Monday 24 September 2018

Festival Sayangi Lahad Datu @ Silam 2018 ( 28 ~ 29 September 2018)

YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah dan YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia akan menghadiri dan merasmikan Festival Sayangi Lahad Datu @Silam.

Tujuan festival ini diadakan adalah untuk menyemarakkan aktiviti seni dan budaya tempatan di kalangan komuniti Lahad Datu. Selain itu, festival ini dapat meningkatkan kefahaman dan aprisiasi seni kepada masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa yang harmoni. Semangat gotong royong dan kerjasama antara penduduk tempatan dengan agensi Kerajaan dapat dipupuk melalui festival ini.

Antara aktiviti utama Festival Sayangi Lahad Datu@Silam 2018 ini adalah:

i) PAMERAN, JUALAN & DEMONSTRASI
-Perkampungan Kraf
-Food Truck
-Pameran Agensi Kerajaan
-Jualan Produk Tempatan

ii) AKTIVITI KESENIAN
-Persembahan oleh ASWARA
-Persembahan BBK Setempat
-Peragaan Busana Kanak-Kanak
-Lukisan Grafiti

ii) PERSEMBAHAN KHAS
-Segmen 1: Dramatari Gua Madai
-Segmen 2: Warna Warni Lahad Datu
-Sayangi Lahad Datu
-Persembahan Rakyat

iv) PERMAINAN RAKYAT
-Pertandingan Sukan Rakyat
-Pertandingan Menyumpit
-Gusti Lengan

v) PERKHIDMATAN KOMUNITI
-Karnival Kerjaya
-Kaunter Bergerak
-Kenduri Rakyat
-Jom Belajar

vi) PENCUNGKILAN BAKAT
-Pertandingan Melukis dan Mewarna
-Pertandingan Karaoke
-Bengkel Tari
-Pertandingan Muzik Akustik

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Festival Sayangi Lahad Datu @Silam sila hubungi terus di talian 088-237052 / 051.
-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.