Thursday 2 August 2018

Tujuh pakej pelancongan sempena Sukma Perak 2018


IPOH 1 Ogos - Tujuh pakej pelancongan dengan tawaran harga istimewa disediakan kepada pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke negeri ini sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 pada September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, inisiatif tersebut adalah kerjasama Tourism Perak, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Perak dan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Perak.

Katanya, sebanyak 66 buah hotel di seluruh negeri mengambil bahagian dan tersenarai di dalam pakej pelancongan berkenaan.

“Pakej pelancongan ini bukan sahaja di bandar Ipoh tetapi juga di 11 daerah lain yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan pada Sukma Perak tidak lama lagi.


“Menerusi pakej ini, pelancong akan memperoleh pelbagai maklumat termasuk venue acara yang dipertandingkan pada temasya dwi tahunan itu nanti,” katanya selepas melancarkan Pakej Promosi Sukma Perak 2018 di sini hari ini
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.