Sunday 3 June 2018

Destini Akef Villa tarikan Langkawi


Di Pulau Langkawi, terdapat banyak hotel dan inap desa (homestay) yang menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan menarik kepada pengunjung yang ingin menikmati percutian santai dan menyeronokkan.

Destini Akef Villa merupakan salah satu daripadanya yang sentiasa bersedia memenuhi permintaan pelancong yang inginkan kepuasan ketika bercuti.

Walaupun agak baharu bagi kebanyakan pengunjung yang sudah biasa bercuti di pulau itu, namun ramai pengunjung tempatan dan pelancong asing dari negara-negara Asia Barat, China, Rusia dan Finland memilih Destini Akef Villa sebagai lokasi penginapan.

Pengurusnya, Norazam Othman, berkata, Destini Akef Villa dibuka pada Disember 2016 dengan permulaan sebanyak 20 buah bilik ditawarkan.

“Hanya pada tahun berikutnya barulah kesemua 40 buah bilik dibuka kepada pengunjung. Harga berbeza mengikut jenis bilik, namun kadar sewa bagi bilik yang menempatkan katil single dan queen adalah sama.

“Harga satu malam bagi bilik Deluxe adalah RM195 (single/queen), Super Deluxe (RM235), Superior (RM175, single/queen) dan Super Superior (RM215).

“Antara kemudahan disediakan adalah kolam renang (untuk dewasa dan kanak-kanak), ruang makan, ruang resepsi yang dilengkapi pendingin hawa, kemudahan mesyuarat dan tempat letak kereta. Sarapan turut disediakan kepada pelanggan,” katanya.

Tambah Norazam, pihaknya turut menyediakan pelbagai program pelancongan sekiranya pelancong ingin masa percutian mereka diisi dengan aktiviti lasak dan santai.

“Kami boleh bawa mereka melakukan aktiviti sukan air seperti ski air, selam skuba, bot pisang, papan luncur, layar-layang (parasailing), mengelilingi pantai atau danau dan jelajah pulau ke pulau. Jika pengunjung ingin merasai pengalaman menaiki helikopter, kami juga boleh aturkan perjalanan anda,” katanya.

Berhampiran dengan Destini Akef Villa terdapat Telaga Walk @Chenang yang boleh dikunjungi mereka yang ingin bersantai sambil menikmati angin malam bersama keluarga.

Di lokasi itu, terdapat banyak pilihan restoran yang boleh disinggahi bagi menikmati makan malam. Kedai menjual pelbagai barangan turut disediakan.

Bagi kanak-kanak, sudah tentu kereta berhias cantik dengan lampu warna-warni yang diubah suai seperti basikal ala-ala beca menjadi tumpuan.


“Aktiviti lain yang diadakan adalah menjemput penceramah agama dan artis di kawasan berdekatan bagi memeriahkan lagi suasana Telaga Walk@Chenang,” katanya.
-utusan online.
http://www.destiniakef.com/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.