Tuesday 29 May 2018

Warna-warni Aidilfitri 2018 @ Kompleks Kraf Kuala Lumpur ( 1 ~ 10 Jun 2018 )


Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna-Warni Aidilfitri 2018 (WWA 2018) bermula pada 1 hingga 10 Jun 2018, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis manakala Jumaat hingga Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur. 

Warna-Warni Aidilfitri kali ini akan menghimpunkan usahawan kraf dan usahawan perkhidmatan Aidilfitri dari seluruh Malaysia dengan mengetengahkan produk-produk bagi persiapan menyambut hari raya Aidilfitri.

Pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Produk Kraf Aidilfitri, Demonstrasi dan Interaktif Kraf termasuk Demonstrasi Masakan dan Kuih Raya juga Jualan Kraf & Perkhidmatan Aidilfitri menanti kunjungan anda. Semua dijemput.
-Kraftangan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.