Tuesday 23 January 2018

Muzium Malaysia lancar Pameran Kartun dan Kita serta kalendar acara 2018


KARTUNIS melukis karikatur pengunjung ketika Program Santai Petang bersama Kartunis
di Muzium Negara hari ini. - UTUSAN ONLINERIDUAN RIZAL AHMAD

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) hari ini merasmikan pameran Kartun dan Kita dengan kerjasama Rumah Kartun dan Komik Malaysia serta kalendar acara 2018 di Muzium Negara.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketika berucap,  Mohamed Nazri berkata, seni kartun tidak harus dilihat sebagai ‘laungan hati’ semata -mata tetapi boleh membantu minda dan sikap yang sihat.

“Lakaran kartun bukanlah hanya memaparkan bentuk hiburan namun terdapat mesej dan nasihat yang disampaikan dalam bentuk humor.

“Daripada sudut yang luas, karya seni kartun yang indah dan menarik serta bersopan dapat membantu mengharumkan nama negara di mata dunia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi pelancaran kalendar acara tersebut, pengunjung dapat merancang hari cuti mereka untuk melawat muzium menerusi program yang telah pun dirancang.

“Pelancaran kalendar ini akan membantu peningkatan statistik pengunjung secara holistik. Pada tahun lalu, sejumlah 3.18 juta orang pengunjung telah dicatatkan dengan peningkatan 4.2 peratus berbanding 2016,” katanya.


Pameran Kartun dan Kita dibuka kepada orang ramai sejak 8 Disember tahun lalu dan berakhir pada 15 April ini.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.