Tuesday 2 January 2018

Estate Run @ Padang Terap, Kedah ( 3 February 2018 )


Sukacita dimaklumkan bahawa Tourism Malaysia Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap akan menganjurkan program Estate Run 2018 pada 3hb Februari 2018 bertempat di Homestay D’ Belimbing, Padang Terap.

Untuk makluman,  tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan cara hidup sihat dengan bersukan di kalangan warga Malaysia khususnya para remaja melalui aktiviti larian dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran dalam menjaga khazanah alam semulajadi. Selain itu juga, program ini dianjurkan bagi menyokong kempen Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Program 1Malaysia Green 1Malaysia CleanLung Cleansing, dan juga voluntourism.

Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik menanti para peserta larian seperti kenduri rakyat, aktiviti voluntourism, gerai-gerai jualan dan juga pameran, cabutan bertuah akan diadakan dan para peserta akan dihidangkan dengan makanan unik iaitu “nasi cangkul”. 

Sehubungan itu, semua adalah dipelawa untuk bersama-sama dalam program ini. Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui https://system.estaterun.asia/register/?a=aaZEfNJ6TE1Jg94A7F9NGamG1jy%2F6swlyWBzazXZPiXno%3D
-Tourism Malaysia Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.