Saturday 16 December 2017

IMAMS ditangguh


PUTRAJAYA 16 Dis. - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini mengambil keputusan menangguhkan perlaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Ketua Setiausahanya, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, penangguhan itu dibuat berikutan maklum balas orang ramai serta pengendali pakej umrah berhubung sistem tersebut.

Katanya, kementerian akan mengkaji semula mekanisme bagi memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah daripada menipu para jemaah.

"Sistem IMAMS ini bagus tetapi aspek-aspek kos terlibat perlu diperhalusi kerana kita rasa ia terlampau mahal dan sebagai kita sebagai pihak yang prihatin tidak mahu rakyat terbeban," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Perlaksanaan IMAMS yang berperanan sebagai pemantau lesen khas umrah telah mendapat bantahan Pemuda UMNO, hari ini.

Exco Pemuda, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pergerakan itu memahami keputusan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah yang semakin berleluasa tetapi IMAMS bukan kaedah yang terbaik.

Beliau berkata, IMAMS bukan percuma malah mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10 selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans) kepada setiap umat Islam yang hendak mengerjakan umrah.


Ditanya tentang langkah seterusnya, Rashidi berkata, kementerian akan mengadakan mesyuarat bersama pengendali pakej umrah serta pihak-pihak berkepentingan berhubung perlaksanaan sistem tersebut. 
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.