Tuesday 18 July 2017

Promosi Terengganu di Utara Semenanjung

TENGKU Zaihan (empat dari kanan bersama tetamu dan ahli dalam
majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri
Terengganu (PPNT) dan Majlis Hari Raya di Kuala Terengganu hari ini.


KUALA TERENGGANU 18 Julai – Usaha menarik lebih pelancong domestik sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 melalui siri jelajah diteruskan, kali ini dengan menyasarkan di negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Timbalan Pengerusi Jawatakuasa 11, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman memberitahu, program Beautiful Terengganu itu akan diadakan di Bukit Mertajam Pulau Pinang selma tiga hari mulai 4 Ogos depan.

“Kerajaan negeri mahukan masyarakat di Utara  untuk melihat, mendengar, merasai, mengalami dan menghayati sendiri keunikan produk dan destinasi pelancongan negeri ini agar dapat menarik tumpuan mereka.

"Seramai 34 usahawan dari negeri akan turut dibawa untuk  memperkenalkan pelbagai produk Terengganu termasuk makanan, kraf di samping persembahan kesenian,  pameran destinasi dan pakej pelancongan,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) dan Majlis Hari Raya di Yayasan Pembangunan Usahawan di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi  PPNT, Wan Sufian Datuk Wan Ishak.

Beliau berkata, usaha ini menyusul selepas kejayaan tiga siri jelajah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada  Otkober 2015 dan di Johor  serta Singapura pada  Mac 2016 yang ternyata berjaya membantu menarik ramai pelancong.

Beliau yakin sasaran untuk mencapai 5.5 juta pelancong ke negeri ini  akan tercapai dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan pemain industri meskipun dalam  keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.