Sunday, June 11, 2017

Bike week dalam kalendar pelancongan

AHMAD ZAHID HAMIDI tertarik melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Indian Springfield 1811 dalam program sahur pelancaran Tabung Insurans Kebajikan Bikers United Club Malaysia (BUCM) di Kuala Lumpur semalam. MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 10 Jun – Berita baik untuk penggemar dan penunggang motosikal apabila minggu permotoran atau bike week yang menjadi acara ditunggu-tunggu golongan itu bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan beliau akan meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya memasukkan acara itu dalam agenda pelancongan.

“Apabila terlalu banyak bike week, golongan bikers jadi keliru. Jadi untuk elak kekeliruan ini, kita selaraskan minggu-minggu permotoran ini dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Pada masa sama, kita membantu promosi kementerian. Bikers seluruh dunia juga boleh berada di Malaysia,” katanya ketika berucap dalam program sahur dan pelancaran Tabung Insurans Kebajikan Bikers United Club Malaysia (BUCM) di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri wakil daripada 66 kelab motosikal berkuasa tinggi yang berada di bawah BUCM.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap supaya persepsi masyarakat terhadap golongan penunggang motosikal berubah dan tidak hanya menghakimi mereka berdasarkan cara pemakaian dan sebagainya.

“Jangan sangka kita bikers tidak puasa, tidak solat tarawih 20 rakaat, saya bikers juga, jangan sangka bikers tidak hafal al-Quran.

“Jangan lihat kita daripada pakaian, custom bike, tidak pen­ting, itu budaya, tapi cita rasa berbeza. Mungkin kita lebih baik daripada orang lain, kita buat kebajikan tetapi tidak riak jangan rendahkan bikers,” jelas beliau.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment