Wednesday 3 May 2017

MATTA lancar pakej melawat Keningau 2018

MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (tiga dari kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup (dua dari kiri) dan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Hamzah Rahmat (tengah) semasa melancarkan pakej pelancongan Tahun Melawat Keningau 2018 di Muzium Warisan Keningau, Sabah di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE


KENINGAU 2 Mei - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) hari ini melancarkan pakej melawat Keningau 2018 yang bakal menjadi satu tarikan baharu di Sabah.

Presidennya, Datuk Hamzah Rahmat berkata, daerah Keningau dikenali sebagai permata pedalaman Borneo Utara yang mempunyai tarikan tersendiri dan mampu melonjakkan industri pelancongan tempatan.


“Pastinya, kesan peninggalan sejarah seperti Batu Sumpah Keningau, Muzium Warisan dan Batu Memorial Perang menjadi sebab utama pelancong datang ke sini. Selain itu, Gunung Alab, Banjaran Crocker, Sinurambi Tambunan serta Pusat Penerangan Rafflesia merupakan tarikan lain yang terdapat di sini.


“Kita juga berusaha untuk menjadikan kawasan-kawasan di pedalaman sebagai destinasi baharu pelancongan dan bukan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Tahun Melawat Keningau 2018.


Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.