Monday 15 May 2017

Kawasan sekitar LIGC akan diberi nafas baharu

image: http://ligc.com.my/


LABUAN 15 Mei - Perbadanan Labuan akan membangunkan semua kawasan di persekitaran Labuan International Golf Club (LIGC) dalam usaha merancakkan pelancongan sukan di wilayah itu.

Pengerusinya, Datuk Rozman Isli berkata, menerusi pembangunan itu, pihaknya berhasrat untuk menyediakan lebih banyak lagi kemudahan lain kepada orang ramai termasuk pelancong.

Menurutnya, antara projek yang bakal dibangunkan adalah termasuk kemudahan hotel, kondominium, pasaraya serta kemudahan sukan lain seperti kolam renang dan gelanggang tenis.

“Bagaimanapun perkara ini masih diperingkat perbincangan menerusi projek Blueprint Pembangunan Labuan.

“Projek berkenaan akan dilancarkan dalam tahun ini selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.