Monday 3 April 2017

Perak dijangka terima 10 juta pelancong domestik tahun ini

http://tourismperakmalaysia.com/


KUALA KANGSAR 28 Mac – Jumlah kedatangan pelancong domestik ke negeri ini dijangka mencecah 10 juta orang sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad, Datuk Mohd. Kamil Shafie berkata, jumlah itu meningkat berbanding lapan juta pelancong domestik tahun lalu.

Menurutnya, Perak semakin mendapat perhatian daripada pelancong domestik kerana daya tarikan pelancongan yang begitu banyak.

“Selain pelancong domestik, kedatangan pelancong dari luar negara juga semakin meningkat antaranya lebih 1,000 pelancong dari Jepun akan datang ke Perak pada bulan September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Lembaga Pembangunan Sastera (Lepas) Perak di di sini semalam.

Mohd. Kamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong berkata, antara destanasi yang menarik perhatian pelancong ke Perak termasuk Gua Tempurung, Royal Belum, Pulau Pangkor, Bukit Merah, Galeri Sultan Azlan, Muzium Taiping dan Tasik Temengor.

Menurutnya, Kuala Kangsar mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati seperti Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, Jambatan Victoria, stesen kereta api dan Istana Iskandariah.

“Masih banyak tempat dan peninggalan sejarah terbiar begitu sahaja tidak diberi perhatian dan tempat-tempat ini perlu dimajukan,” katanya.

-utusan online.
http://tourismperakmalaysia.com/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.