Monday 17 April 2017

Najib lancar pelaksanaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa Terengganu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sambut meriah sejurus tibanya
menaiki 'akot-akot' sewaktu ke tapak Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Sungai
di Kuala Besut di sini, hari ini.


BESUT 16 April -Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Kuala Besut.

Projek bernilai RM250 juta yang dikenali sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa Terengganu itu bakal memberi manfaat kepada industri pelancongan dan nelayan tempatan.

Ia bukan sahaja akan mengakhiri masalah muara cetek yang menyukarkan bot keluar masuk tetapi juga mencetus pelbagai potensi pembangunan di kawasan sekitar.

Ia adalah antara janji kerajaan pada pilihan raya kecil Kuala Besut dahulu melibatkan kerja mendalamkan muara dan membina benteng pemecah ombak.

Benteng pemecah ombak melingkung sepanjang 1.85 kilometer di selatan dan 1.3 kilometer di utara.

Kuala Besut dalam lingkaran kehidupan masyarakat nelayan merupakan pintu masuk ke pulau Perhentian, salah sebuah pulau terindah di dunia.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.