Sunday 30 April 2017

Konsert Nova 2017 @ Stadium Malawati Shah Alam, Malaysia ( 5 Ogos 2017 )



Konsert tersebut akan menampilkan penyanyi penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia. Ia juga diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-60 hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Konsert Nova ini bertujuan untuk mempereratkan lagi persahabatan antara rakyat kedua buah negara di mana penyanyi - penyanyi dari kedua buah negara tersebut akan sama - sama berganding menyanyi di sebuah pentas.
Barisan artis yang telah dipilih untuk menjayakan konsert tersebut adalah merupakan penyanyi tersohor dari Malaysia seperti Azlan TypewriterFaizal Tahir dan Dayang Nurfaizah dan dari Indonesia, Cakra KhanJudikaSyahrini yang lebih di kenali dengan panggilan Princess Syahrini dan Mia Ismi sebagai featuring artist.
Pihak penganjur percaya penyanyi-penyanyi yang popular tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang teristimewa dan kelainan dari konsert - konsert yang pernah disaksikan sebelum ini.
Untuk memastikan mutu persembahan yang terbaik, penganjur juga telah memilih Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik. Konsert Nova 2017 juga akan dimeriahkan lagi dengan Reza Mohamad sebagai pengacaranya.
Pihak penganjur juga telah mengadakan Majlis "Meet The Media" di Jakarta pada 17hb April 2017 dengan kehadiran Cakra Khan di majlis tersebut. Pihak media Indonesia telah memberikan sokongan yang amat menggalakkan.
Pihak penganjur juga akan mengadakan Karnival Nova pada 4hb & 5hb Ogos 2017 di luar perkarangan Stadium Malawati di mana akan terdapat banyak jualan - jualan makanan, produk dan pameran dari kedua - dua buah negara.

-www.ticketpro.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.