Saturday, April 8, 2017

Ghazal @ Muar - Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor ( 7 & 8 April 2017 )


Ghazal adalah satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Johor yang popular sejak dulu hingga dewasa ini. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah yang dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada antara mereka mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura.
Mari bersama kami, alami kemerduan Ghazal di Muar dalam program, Ghazal@Muar 7 dan 8 April ini! Sambil menikmati mee bandung dan kopi o kaww Muar anda boleh menikmati irama ghazal yang indah ini diselangi angin dari hembusan Sungai Muar.. 

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara facebook.

No comments:

Post a Comment