Sunday 9 April 2017

Festival Seni Duyong 2017 selama sebulan

PENGARAH Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faizal Tun Abd. Razak (kiri) bersama penyelaras acara, Nik Mohd Hazuwal Nik Lah (dua dari kiri) dan penasihat galeri, Chritine Rohani Longuet (tiga dari kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika gimik penerimaan replika Poskad Ke Duyong dari posmen sewaktu Pra Pelancaran Festival Seni Duyong di Pulau Duyong disini, semalam. - UTUSAN ONLINE/Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA TERENGGANU 9 April - Festival Seni Duyong 2017 di pulau penempatan tradisional di sini yang makin menjadi tarikan pelancong, kembali buat tahun ketiga dengan menyajikan pelbagai pengisian menarik sepanjang bulan ini.

Program yang julung kali dilakukan dalam tempoh yang panjang, kini diberi nafas lebih segar dengan penglibatan Jabatan Pelancongan Terengganu selaku penganjur dengan kerjasama Duyong Art Gallery.

Ia berlangsung pekarangan jeti pulau Duyong berkonsepkan ‘Anok Tranung’ yang antara lain mengetengahkan hasil karya seni tempatan
seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik, aktiviti bot penambang dan persembahan kesenian.

Selain pameran, demonstrasi dan persembahan, turut diadakan aktiviti jualan di jeti dengan menarik penglibatan 60 pengusaha kreatif serta diskusi ilmiah mengenai seni warisan.

Prapelancaran program itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Ahmad Faizal Tun Abd. Razak di Duyong
Art Gallery di sini semalam.

Yang hadir sama, penyelaras acara, Nik Mohd. Hazuwal Nik Lah dan penasihat Duyong Art Gallery, Rohani Longuet.

Orang ramai yang berminat boleh merujuk laman Facebook, Instagram dan Twitter Duyong Art Festival untuk mengetahui kegiatan harian.

Acara kemuncak program yang disasarkan dapat menarik 20,000 pengunjung ini akan bermula pada 28 hingga 30 April.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.