Friday, March 31, 2017

Alor Setar Heritage City Night Fun Ride 2017 ( 7 April 2017 )



Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah dan Tourism Malaysia Kedah akan menganjurkan program “Alor Setar Heritage City Night Fun Ride 2017” yang julung-julung kalinya dianjurkan dinegeri ini. Kayuhan sejauh 30 km ini adalah bertujuan untuk menonjolkan identiti Bandaraya Alor Setar sebagai Bandaraya Warisan Dalam Taman kepada penduduk tempatan dan seluruh masyarakat umumnya. Program ini juga bertujuan untuk mendukung hasrat dan dasar Kerajaan dalam mewujudkan Healthy City dalam perancangan pembangunan sesebuah bandar kearah menjayakan konsep “live, play and work”.

-Tourism Malaysia Kedah.

No comments:

Post a Comment