Saturday 25 February 2017

Farahdhiya Live @ Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur ( 30 April 2017 )



Farahdhiya adalah naib juara Gegar Vaganza Musim Ke 2, sebuah program realiti terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.
Farahdhiya Mohd Amin ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita yang bergiat di dalam dunia hiburan Malaysia. Beliau yang berbintang Taurus dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali.
Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Ibu berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Mendapat pelajaran awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot.FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.
Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.
Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza, Nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.


GET YOUR TICKETS FROM:

Online:
www.AirAsiaRedtix.com
Rock Corner outlets:
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
Victoria Music outlets:
Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Penang outlets:
Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.