Saturday 11 February 2017

Azharina Live at Hard Rock Café, Kuala Lumpur ( 26 March 2017 )



Azharina binti Azhar atau lebih dikenali sebagai Azharina Azhar, Azharina, Nina merupakan seorang penyanyi pop dari Malaysia yang baru-baru ini telah menjadi Juara Gegar Vaganza musim ke 3, sebuah program realiti terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.

Azharina binti Azhar dilahirkan pada 11 Mac 1985 di Kota Kinabalu, Sabah. Azharina binti Azhar merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Azharina binti Azhar merupakan juara dalam pertandingan nyanyian Bintang RTM 2001 menewaskan peserta hebat seperti Siti Sarah , Misha Omar , dan Asmidar.

Azharina merakamkan beberapa album di bawah syarikat Millenium Art Sdn. Bhd. sebelum keluar dari syarikat tersebut. Azharina berkerjasama dengan Min Yasmin bagi rakaman album berdua. Album 2 SOUL ini diterbitkan Julfekar Ahmad Shah.

Azharina pernah memenangi tempat ke-2 dalam program nyanyian suara Hits1 RTM 1 tewas kepada Jacklyn Victor lagu Gemilang pada tahun 2006 mempertaruhkan lagu Elegi Sepi... Lagu Elegi Sepi merupakan lagu paling lama mengekalkan dalam carta Hits1 RTM 1 selama lebih 30 minggu bertahan dalam carta.

Ini menunjukkan lagu tersebut merupakan lagu berhantu dan hits di Malaysia.. Lagu ini juga dinobatkan lagu top meletop pilihan rakyat Malaysia menewaskan artist ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza dalam satu anugerah bernama anugerah Era FM pada tahun 2005.
Album:
  1. Azharina (2002)
  2. Seandainya (2003)
  3. Nina (2004)

Lagu-Lagu Hit
  1. Seandainya
  2. Elergi Sepi
  3. Rawan

Lagu- Lagu Azharina
  1. Seandainya
  2. Masa Dulu
  3. Di Hari Persandingan mu
  4. Ketika Mentari Beradu
  5. Malam ini
  6. Teman yang ku kasih
  7. Kembali pada-Nya
  8. Damba
  9. Mengenai Cinta
  10. Bukan membenci


Get your tickets from
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)l

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.