Sunday 18 December 2016

Teater Muzikal Dia Semanis Honey @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 3 ~ 9 Januari 2017 )


Sebuah kisah cinta antara Ahnaf Wafiy seorang C.E.O. di Syarikat Blue Corporation dengan setiausahanya, Hani Safira yang penuh dengan babak-babak romantis dan komedi serta drama yang menyentuh perasaan. Ahnaf Wafiy yang merantau ke luar negara oleh kerana kecewa dengan kekasihnya, Ariana, kini kembali ke tanah air dan telah berkenalan dengan setiausaha syarikatnya iaitu Hani Safira.

Perhubungan mereka yang dipenuhi dengan pertengkaran, usik- mengusik dan sakat-menyakat telah membawa kepada sebuah rasa cinta yang manis. Percintaan ini juga membawa mereka kepada ikatan pertunangan dan sekali gus menanti hari bahagia ke jinjang pelamin. Pertemuan Ahnaf dan Ariana, bekas kekasihnya , secara tidak sengaja telah membuatkan Ahnaf membatalkan penikahannya bersama Hani pada hari nikah mereka. Ahnaf dan Ariana berpindah ke luar negara meninggalkan keluarga dan juga Hani yang sangat kecewa.

Setelah tiga tahun berlalu, Ahnaf pulang ke tanah air semula dan kembali menagih cinta Hani yang saat itu sudah bertunang dengan Adam. Ikatan pertunangan Hani dan Adam mula goyah oleh kehadiran Ahnaf. Bella yang menyimpan perasaan kepada Ahnaf yang sudah duda ketika itu membuat perancangan bagi menghalangi cinta Ahnaf dan Hani bersatu. 


Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)l
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558
-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.