Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abdul Ghani memberitahu, kejohanan julung kali yang dianjurkan oleh kerajaan negeri turut mendapat penyertaan dari Thailand, Singapura dan Brunei.

Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan termasuk Lelaki Junior (17 tahun dan ke bawah), Lelaki Terbuka (18-35 tahun), Lelaki Master (36-44 tahun), Lelaki Ve­teran 45 tahun dan ke atas), Wanita (34 tahun ke bawah) dan Wanita (35 tahun ke atas).

“Penganjuran pertama kali oleh kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu itu sebagai platform mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017,” ujarnya 
di sini hari ini.

Katanya, kejohanan ini merupakan salah satu pendekatan untuk menonjolkan sub sektor sukan dan eko pelancongan di lokasi terbaik yang terdapat di Terengganu.

Katanya, Kampung Batangan dipilih menjadi lokasi kerana bentuk muka buminya bersesuaian dengan cabaran yang disajikan untuk aktiviti sukan lasak.

“Secara tidak langsung, kejohanan seumpama itu mampu meningkatkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat seperti mempopularkan lagi industri keropok lekor, kraf, batikperhotelan, chalet dan inap desa setempat,” katanya.