Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, program bertaraf antarabangsa itu turut menarik minat peserta dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

“Pelbagai pengisian dan aktiviti melibatkan arena permotoran sempena WIM2017 antaranya konvoi bermotosikal, pameran motosikal, jualan aksesori kenderaan, pertandingan motosikal tercantik dan persembahan lagak ngeri.

“Penganjuran ini bertujuan mempromosikan industri pelancongan tempatan khususnya melibatkan industri permotoran negara selain usaha untuk mempromosikan temasya sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Wilayah International Motofest 2017 di sini hari ini.
-utusan online.