Monday, July 18, 2016

Mencari Sumaiyah - Sebuah Teater Muzikal @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 8 ~ 14 Ogos 2016 )

Selamat datang ke tahun 1999 di Kampung Rukun! Penduduk-penduduk Kampung Rukun amat bersyukur dengan semua sumber semulajadi dan segala yang tersedia untuk mereka di kampung itu.

Penduduknya semua dikenali kerana berpakaian cantik dan segak, tak kira apapun pekerjaan mereka; penjual kuih, nelayan, penoreh getah, suri rumah, kesemuanya berpakaian cantik. Terima kasih kepada empat orang tukang jahit dan pereka fesyen tetap Kampung Rukun iaitu Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi.

Pada satu hari, kedai jahit Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi didatangi seorang pelanggan dari Kuala Lumpur. Pelanggan tersebut menyaksikan bakat mereka yang begitu sofistikated tetapi hairan dengan kesederhanaan kedai mereka. Pelanggan tersebut mencadangkan agar mereka memohon geran untuk peniaga kecil di Kuala Lumpur bagi melebarkan lagi sayap mereka.

Dari sinilah mereka bermula untuk melangkah keluar dari zon selesa di kampung dan berhijrah ke kesibukan kota Kuala Lumpur.

Dalam mereka mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian. Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah mereka akan berputus-asa? Persahabatan, perpaduan dan kegigihan adalah antara nilai-nilai yang akan dipaparkan di dalam teater muzikal ini.

Ikuti suka-duka perjalanan empat sahabat ini dalam Mencari Sumaiyah.


Pengarah: Dira Abu Zahar
Pengarah Kreatif: Dato’ Hans Isaac
Penerbit: Hyper Pictures Sdn. Bhd. dan Tall Order Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Pelakon: Erra Fazira, Afdlin Shauki, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Aisya Hasnaa, Ruzana Ibrahim, Nasz Sally



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment