Thursday 2 June 2016

Konsert 3 Kejora Bersatu @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 7 & 8 Oktober 2016 )

“Qum...Fa Anzir” secara ringkasnya ia membawa maksud “kebangkitan” dan ianya berbentuk satu peringatan untuk individu supaya sentiasa berubah atau berhijrah kearah yang lebih baik dari masa ke semasa. Bersempena meraikan kedatangan tahun baru islam iaitu Muharram 1438H, penganjuran konsert ini di pentas yang berprestij Istana Budaya adalah bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan kebangkitan lagu lagu nasyid kontemporari sekitar tahun 1996 dahulu yang sememangnya mencetus fenomena yang luarbiasa. 

Kemunculan kumpulan Brothers membuka dimensi baru dalam industri muzik tanahair dimana genre nasyid kontemporari mula mendapat perhatian. Lagu lagu seperti Teman Sejati, Satu Perjuangan dan Man Ana mula mendapat perhatian peminat nasyid dan media tempatan. Kebolehan mereka membawakan lagu lagu dalam bahasa Arab dan Inggeris menjadikan mesej mesej murni yang disampaikan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Industri muzik dirancakkan lagi dengan kemunculan kumpulan Hijjaz yang mempertaruhkan genre yang sama bagi meneruskan legasi kegemilangan lagu lagu nasyid kontemporari. Kejayaan meraih Anugerah Gold & Platinum diatas penjualan album Keizinanmu yang melebihi 90,000 unit, telah membuktikan bahawa mereka juga mampu berdiri teguh mewarnai industri hiburan.

Tanpa disedari, ledakan arus lagu lagu berunsur ketuhanan, nasihat, dakwah ini turut mengalami perubahan pada konsep irama yang lebih segar dan diadun dengan alat muzik moden. Atas keberanian itu kumpulan Rabbani yang sememangnya dikenali di awal kemunculan dengan nama Nadamurni ini telah berjaya menggegarkan industri tanahair dengan lagu lagu nasyid moden seperti Pergi Tak Kembali, Intifada, Iqrar, Apa Yang Kau Tahu dan banyak lagi. Karya mereka mendapat pengiktirafan apabila berjaya mendominasi Anugerah Album Nasyid Terbaik selama 3 tahun berturut turut. Kejayaan manis ini membuktikan bahawa lagu lagu nasyid mampu memberi impak yang besar kepada industri hiburan tanah air. Tidak hanya hiburan, malah bait bait lirik yang dilafazkan dapat memberi aspirasi kepada keharmonian dan kesejahteraan manusia sejagat.

Justeru itu, KAY Event Management & Services selaku penerbit menggalas tanggungjawab dengan membawa perintis kepada kebangkitan industri nasyid tanah air ini bersatu dalam sebuah konsert yang sangat epik dan amat mengagumkan. Bagaikan kejora yang bergemerlapan, ketiga tiga kumpulan nasyid ini bakal mengalunkan lagu lagu hits dari album mereka sebagai hadiah kepada peminat di dalam dan di luar negara yang tidak jemu menyokong kerjaya seni mereka sehingga kini.

Hampir dua dekad memperjuangkan irama nasyid dan keberadaan mereka di atas pentas berprestij Istana Budaya pasti ditunggu-tunggu. Dengan kecanggihan teknologi pentas dan sentuhan artistik yang memukau, konsert ini bakal memberi nafas baru kepada penggemar lagu lagu nasyid di Malaysia disamping mengangkat karya nasyid tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan.

Konsert ini menjanjikan sentuhan muzik yang digubah menyimpang dari stigma umum dengan gabungan pemuzik professional dan iringan strings ensemble. Himpunan lagu lagu malar segar dan terkini bakal mewarnai spektrum suara mereka. Ironinya mereka akan berpadu vokal dalam genre yang berbeza yang pastinya akan menggugat emosi mereka yang mendengarnya. Penampilan khas kumpulan acapella Colour of Voices yang pernah di viralkan semestinya akan menjanjikan sesuatu yang menarik dan nostalgik. Keterujaan bakal dirasai dengan gabungan vokal mereka bersama Brothers, Hijjaz dan Rabbani yang pertamanya di saksikan di atas pentas berprestij ini.

Konsert 3 Kejora Bersatu ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Oktober 2016 jam 8.30 malam bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket tiket beharga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 boleh didapati di kaunter tiket Box-Office Istana Budaya atau layari laman sesawang www.airasiaredtix.com untuk info lanjut. Bersama samalah kita menyemarakkan industri nasyid tanah air dan semoga usaha murni yang dilakukan dengan ikhlasnya dianggap ibadah. Insyaallah.

“ Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim..” ( Surah Al-Baqarah Ayat : 254) 



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.