Friday 3 June 2016

Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Komited Promosi Sarawak Dan Sabah

KUCHING, 3 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan komited mempromosikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan kepelbagaian produk pelancongan daripada tarikan berasaskan ekopelancongan, pengalaman pelbagai budaya, acara dan perayaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata antara usaha yang dilaksanakan ialah menerusi jalinan usaha sama strategik dengan syarikat penerbangan untuk mempromosi Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan.

Katanya usaha pertama yang dilaksanakan Tourism Malaysia menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Singapore Airlines (SIA) di Bursa Pelancongan Antarabangsa Berlin, Mac lalu bagi membawa masuk lebih ramai pelancong Eropah ke Malaysia pada tahun ini.

-bernama.
http://www.malaysia.travel/en/my

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.