Friday 10 June 2016

Bilangan Pelancong Thai Ke Malaysia Catat Peningkatan Suku Pertama Tahun Ini

BANGKOK, 10 Jun (Bernama) -- Bilangan pelancong Thai ke Malaysia pada suku pertama tahun ini mencatat peningkatan 31.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas, menurut Pejabat Tourism Malaysia di sini.

Pengarah Tourism Malaysia di Thailand dan Myanmar, Sulaiman Suip berkata dalam suku pertama tahun ini 409,000 pelancong Thai melawat Malaysia berbanding 311,000 pada suku pertama 2015.

"Kami berharap trend positif ini akan berterusan untuk sepanjang tahun ini. Kami akan terus mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan keluarga untuk rakyat Thailand," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

-bernama.
http://mytourismdata.tourism.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.