Saturday 14 May 2016

Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser ( 14 ~ 15 Mei 2016 )


Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2016 "Fraser's Hill International Bird Race 2016 adalah kali ke - 29 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang tanpa henti sejak tahun 1988.
Acara ini merupakan satu pertandingan santai berkonsepkan 'explorace' di mana setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta yang akan mencari, mengenal dan mencatat seberapa banyak spesis burung yang ditemui di kawasan yang ditetapkan.
Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Advance, Novice, dan Student . Pertandingan ini diadili oleh penimbang tara atau 'arbitrator' yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.
Secara umumnya, Bukit Fraser merupakan salah sebuah lokasi melihat burung berprestasi tinggi yang terdapat di Pantai Timur di mana lebih 250 spesis burung telah direkodkan menghuni di kawasan tanah tinggi ini.
Hadir pada November dan Disember setiap tahun, kawasan tanah tinggi Bukit Fraser ini telah menerima pelbagai spesis pendatang baru yang terdiri daripada burung migrasi yang terbang dari seluruh tempat sejauh Siberia Utara Rusia dan rangkaian pulau di Utara Jepun.
-Tourism Pahang facebook.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.