Menteri Pelancong­an dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihak kementerian telah mengenal pasti beberapa aspek kemudahan yang perlu dinaik taraf di pusat rekreasi yang terletak di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands itu.

Katanya, pihak Kera­jaan Pusat telah bersetuju membantu menaik taraf kemudahan jalan utama, calet dan penambahan tenaga elektrik dalam usaha untuk menjadikan pusat rekreasi berkenaan berada dalam kelas pertama pada tahun depan.

“Jalan masuk ke pusat rekreasi ini juga perlu diturap agar ia mudah diakses oleh pelancong sepanjang tahun. Setakat ini, hanya tujuh buah calet disediakan oleh pihak pengurusan dan kita bercadang menambah kemudahan itu untuk keselesaan pengunjung.

“Apa yang saya lihat segala kemudahan disediakan oleh pengusaha dengan teratur yang menepati kriteria landskap alam semula jadi. Cuma, ia perlu ditambah baik untuk menarik lebih ramai pelancong,” katanya kepada pemberita sewaktu mengadakan lawatan kerja ke Lubuk Timah Hotspring, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lubuk Timah Hotspring, Datuk Mohd. Yusoff Kassim dan Pengarah Urusan Lubuk Timah Hotspring, Fadzil Akhma Mohd. Yusoff.

Mohamed Nazri berkata, pihak­nya juga akan memastikan kerja-kerja menaik taraf pusat rekreasi berkenaan dijalankan segera menjelang awal tahun depan.
-utusan online.