Sunday 13 March 2016

Teater Ombak Rindu @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 22 April - 1 Mei 2016 )


Selepas Hariz dan Izzah mengumumkan perkahwinan yang dirahsiakan, Izzah telah diugut, diculik dan didapati mati ketika cuba melarikan diri. Kematian Izzah menemukan Hariz dengan Suri, seorang gadis kampung yang seiras wajah Izzah.
Hariz berjaya menjadikan Suri pengasuh anaknya, Armand setelah Syamyl tunang Suri tidak hadir pada majlis pernikahan mereka. Mila Amylia bekas isteri Hariz pula cemburu dan ingin menjaga Armand manakala Salleh adik kandung Hariz mengacau Suri kerana mahu membolot syer Izzah di Sufiah Holding.
Salleh juga berjaya berkahwin dengan adik angkat Hariz iaitu Hazira. Tembelang Salleh terbongkar apabila Suri memberitahu Hariz yang Salleh cuba memperkosanya.Hariz marah dan membuat perhitungan dengan Salleh. Hazira turut menghalau Salleh menyebabkan Salleh kemalangan kereta dan koma.
Setelah disiasat Suri sebenarnya Izzah yang disangka kembarnya. Pada masa yang sama Hariz dituduh menghamilkan Elin dan diugut Kelvin dengan gambar lama serta menuntut Izzah diceraikan. Hariz terpaksa akur dengan ugutan itu. Izzah pula membawa diri ke London.
Bagaimana kesudahan cinta Izzah dan Hariz? Apakah mereka terpaksa mengharungi gelora ombak lagi yang tidak berpenghujung?
Saksikan lakonan mantap Keith Foo, Uqasha Senrose, Izzue Islam, Karl Shafek, Nonny Nadirah, Nad Zainal, Ariz Forteen, Ameer Forteen & Zarina Zainoordin dalam teater Ombak Rindu yang menggabungkan ketiga-tiga novel siri Ombak Rindu karya Fauziah Ashari 22 April-1 Mei 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater arahan A. Aris Kadir (pemenang BOH Cameronian Arts Award, 8th International Children Festival, World Master in Arts) ini mendapat sentuhan daripada Rosminah Tahir sebagai penulis skrip dan Datuk Suhaimi Mohd Zain sebagai Pengarah Muzik.
Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.