Sunday 6 December 2015

Teater Bawang Putih Bawang Merah @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 3 ~ 8 Disember 2015 )


Tersebutlah kisah di sebuah negeri. Seorang Putera Raja terpesona dengan keindahan suara seorang gadis yang sedang berdendang lalu jatuh cinta. Nun di sebuah kampung. Kampung Jelatek namanya, tinggal sepasang adik beradik, Putih dan Merah bersama-sama ibu mereka, Labu dan Kundur.
Merah dan ibunya, Labu tinggal dengan Putih dan ibunya, Kundur. Namun kedua-dua ibu mereka sering berbalah. Kundur tidak menyukai Labu. Putih juga begitu. Dia tidak menyukai Merah dan selalu mencemburui adiknya itu. Lebih-lebih lagi apabila Merah disukai Damak, seorang pemuda kampung yang turut disukai Putih.
Al-kisah pada satu hari ketika Labu sedang sibuk membasuh kain di tepi perigi, Kundur datang mencari gaduh dan menolak madunya lalu jatuh ke dalam perigi. Merah mencari ibunya yang tidak pulang-pulang ke rumah. Dia bermimpi ibunya telah menjadi ikan kaloi.
Kundur dengan penuh hasad dengki mengambil ikan itu dan memasaknya, memberi makan kepada Merah. Merah mengutip tulang-tulang ibunya dan dengan sedih menanamnya sehingga tumbuh pohon beringin yang tinggi dan buaian. Di situlah Merah selalu menyanyi menghiburkan hatinya yang duka lara.
Kisah klasik yang diinspirasikan daripada filem Melayu lama ini menampilkan para pelakon seperti Fauziah Dato’ Ahmad Daud A.M.N., Nur Fathia, Juliana Evans, Syarul Ridzwan, Beto Kusyairy, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Nabila Huda.
Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558

-AirAsia redTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.