Sunday 15 November 2015

Malam Kalimah Cinta by Opick & Hafiz Hamidun @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 23 ~ 25 Disember 2015 )

Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya bersempena Maulidur Rasul

Mask Team & Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya akan menganjurkan Malam Kalimah Cinta bersempena Maulidur Rasul di Istana Budaya bermula 23hb Disember hingga 25hb Disember 2015.

Persembahan pentas yang menampilkan penyanyi serumpun, Opick dan Hafiz Hamidun dalam komposisi muzikal penuh yang turut diselang-selikan dengan alunan zikir dan selawat.

Meraikan sambutan Maulidur Rasul, Malam Khalimah Cinta bakal membawa penonton mengimbau perjuangan Rasulullah SAW dalam sisi muzikal unik menerusi gabungan nyanyian, zikir dan selawat diiringi persembahan penuh multimedia serta efek khas dalam durasi 120 minit. Penganjuran Malam Khalimah Cinta terbahagi kepada:

Rabu | 23hb Disember 2015 | 8.30 malam - Artis: Opick
Khamis | 24hb Disember 2015 | 8.30 malam - Artis: Hafiz Hamidun
Jumaat | 25hb Disember 2015 | 8.30 malam - Artis: Hafiz Hamidun
Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia manakala Hafiz Hamidun akan disertai dengan kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan komposisi oleh Lok U.

Malam Kalimah Cinta menawarkan harga tiket bermula RM85, RM105 , RM155, RM185, RM205 dan RM255 ( platinum tiket ) dengan bilangan 1,300 jumlah tempat duduk keseluruhan setiap malam.


Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558
-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.