Monday 19 October 2015

Konsert Satu Suara Vol2 Bersama Dato' Siti Nurhaliza @ Istana Budaya ( 7 & 8 November 2015 )

Konsert Satu Suara Volume 2 merupakan kesinambungan jenama ‘Konsert Satu SuaraDato’ yang pernah diadakan di Istana Budaya oleh pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. pada tahun 2010. Konsert tersebut menampilkan artis utama, Aizat dan Faizal Tahir dengan penampilan istimewa Dato' Siti Nurhaliza.

Konsert Satu Suara Volume 2 akan membariskan artis utama, Dato' Siti Nurhaliza serta penampilan istimewa penyanyi lagenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang dan dari Singapura, Datuk Ramli Sarip.

Ketiga-tiga penyanyi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri terutama dari segi vokal dan mampu menyampaikan lagu dari pelbagai genre muzik.

Gabungan ketiga-tiga penyanyi ini merupakan gabungan yang pertama kali buat mereka dalam sebuah konsert dan ini merupakan tarikan utama kerana masing-masing mempunyai peminat atau penggemar yang tersendiri.

Konsert ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 November 2015.

Setiap artis akan mempersembahkan nyanyian solo, berduet dan juga trio.

Dato' Siti Nurhaliza sebagai artis utama akan membuat persembahan solo dalam 2 segmen iaitu segmen pembukaan dan segmen sebelum finale (trio). Selain beliau muncul berduet dan dengan Hetty Koes Endang dan juga Datuk Ramli Sarip. Kemudian bergabung bertiga dalam segmen finale (trio).

Penyanyi Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip akan menyampaikan lagu solo masing-masing serta berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza dan seterusnya nyanyian trio mereka bertiga.

Konsert akan berlangsung selama 2 jam dan diiringi band yang diketuai oleh Aubrey Suwito.

Lagu-lagu yang bakal disampaikan oleh setiap artis adalah lagu-lagu hits mereka dan setiap artis berpeluang menyanyikan lagu pilihan mereka dalam segmen duet dan juga trio.

Tiket untuk menonton konsert ini akan mula dijual pada 9 Oktober ini dan boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518. Harga ini tidak termasuk caj tiket dan GST.

Selain itu tiket boleh dibeli di Rock Corner The Gardens, Bangsar Village, Subang Parade dan The Curve. Tiket juga dijual di Victoria Music di Sg.Wang, Amcorp Mall, Tropicana Mall dan di Box Office (Istana Budaya). Bagi pembelian di Pulau Pinang pula, tiket boleh didapati di Artist Gallery, Gurney Plaza dan Artist Gallery, Queensbay Mall. 



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265520

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.