Sunday 19 July 2015

Maduku Kalut Returns @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 7 ~ 9 Ogos 2015 )


Kembali di atas permintaan orang ramai. Tanggal 7, 8 dan 9 Ogos ini, pentas Panggung Sari, Istana Budaya bakal dimeriahkan dengan pementasan semula, sebuah naskah teater yang berjaya mencipta fenomena tersendiri sekitar 2 tahun lalu.
Maduku Kalut Returns, itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di BohCameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik.
Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.
Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.
Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.
Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, MKR bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.
Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, MKR lebih dari sebuat pementasan teater. MKR merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia.
Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum.
Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265520

-AirAsiaRedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.