Monday, April 20, 2015

Tourism Malaysia Lancar Pakej Percutian 'Best Of Labuan' 2015

LABUAN, 20 April (Bernama) -- Tourism Malaysia Sabah memperkenalkan pakej pelancongan 'Best of Labuan 2015' bagi menarik sejuta pelancong ke pulau bebas cukai itu, tahun ini.

Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan (LC) Datuk Bashir Alias berkata pakej pelancongan berkenaan diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Tourism Labuan dan empat agensi di bawah Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

"Pakej ini akan mengetengahkan tempat pelancongan menarik di pulau berkenaan dan kami berharap dapat menarik lebih ramai pelancong dan pengunjung ke pulau ini," katanya ketika melancarkan produk berkenaan pada Sabtu.

Labuan yang telah mencatatkan peningkatan ketibaan pelancong sejak beberapa lalu tahun masih bergantung kepada acara antarabangsa untuk menarik pelancong asing dan tempatan.

-bernama.

No comments:

Post a Comment