Saturday 7 February 2015

Diari Wanita - Teater @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 11 - 16 Februari 2015 )


SINOPSIS DIARI WANITA
Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,

Teater Diari Wanita terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh Rosminah Tahir ini adalah gabungan cerita Kak Ani(Malaysia) dan Nyonya (Indonesia). Disampaikan secara humor, persembahan yang menjanjikan penonton tidak kering gusi ini turut penuh dengan emosi dan ada kesedihan yang tersendiri. Memperlihatkan perjuangan hidup wanita di dua negara yang terpaksa berhadapan dengan laluan hidup sukar kerana cabaran tertentu.

Kisah Kak Ani mengangkat kisah benar kehidupan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Dato Sri Rohani Abdul Karim dari zaman kecilnya hingga berjaya menjadi seorang menteri. Beliau adalah anak Tukang Cuci (ibunya) dan Tukang Masak (bapanya) hidup seperti kanak-kanak biasa pada zaman awal kemerdekaan yang penuh dengan kesusahan.

Kak Ani melakukan banyak kerja untuk hidup seperti membantu ibunya menjadi Tukang Cuci di rumah ‘mat salleh’ tetapi dalam masa yang sama sangat minat untuk belajar dan menjejakkan kaki ke universiti. Banyak lagi kisah menarik yang akan dipaparkan dalam teater berbentuk monolog ini.

Kisah Nyonya pula ditulis dengan cara komedi tetapi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat kanser lidah untuk membeli harta Nyonya.

Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan anak saudara suaminya iaitu Keponakan Anggun, Keponakan Beautiful dan Keponakan Cantik yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuh Nyonya. Macam-macam peristiwa dan tipu muslihat dilakukan antara mereka bagi mencapai cita-cita.

Saksikan aksi Sherry AlHadad, Amy Mastura, Misha Omar (13-16 Feb 2015), Nad Zainal, Juhara Ayob, Sharulmizad Ashaari, Zera Hariz (11-12 Feb 2015) dan Dayang Kartini dalam teater Diari Wanita.
**NOTA PENTING: Jadual watak Keponakan Cantik:
11 - 12 Februari 2015 (Zera Hariz)
13 - 16 Februari 2015 (Misha Omar)



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
KLCC (TEL: 03 - 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
BSC (TEL: 03 - 2093 1093)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Tune StoreLow Yat Plaza

-AirAsiaRedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.