Sunday 8 June 2014

FLORIA Putrajaya 2014 ( 14~22 Jun 2014 )


FLORIA Putrajaya – Festival bunga dan taman yang dinanti-nantikan di Malaysia akan kembali menemui anda pada tahun ini dengan menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi anda.

Bertemakan 'Pesona Warna', FLORIA Putrajaya 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas di Pesisiran Tasik, Presint 4 mulai 14 hingga 22 Jun 2014.
Selain mempamerkan reka bentuk taman dalaman dan taman luaran yang dihasilkan 37 orang peserta antarabangsa dari 22 buah negara, pelbagai taman bertema seperti Taman Raja Sehari, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik dan Taman Melawat Malaysia oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, universiti dan sekolah turut dipamerkan.  Tarikan lain pula adalah Taman Di-Raja, Taman Tergantung, Taman Begonia, Taman Orkid, Tea Party Garden dan Taman Inovasi.
FLORIA  2014 juga menawarkan segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan,  pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap menerusi Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur.   Justeru itu, lebih daripada 200 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari FLORIA Putrajaya berlangsung termasuk demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, pertunjukkan fesyen Majalah Nona serta Floral Arts & Crafts yang dikendalikan oleh Perbadanan Kraftangan cawangan Selangor.
Menjanjikan pameran yang menakjubkan dan ditambah dengan lampu berkilauan pada waktu malam di Pesisiran Tasik Presint 4, FLORIA Putrajaya dibuka kepada  lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi - 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad). 
Layari laman www.floriaputrajaya.com.my / www.ppj.gov.my    /   www.putrajaya.gov.my /https://www.facebook.com/putrajaya untuk maklumat terkini berkaitan FLORIA Putrajaya 2014!
Official Hashtag : #floria2014  #floria  #floriaputrajaya  #flowerfest  #ppj  #putrajaya
Rebutlah peluang memenangi hadiah-hadiah menarik FLORIA 2014 menerusi fb: putrajayafloria, twitter & instagram!
-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.