Friday 9 May 2014

Wings Versi Tanpa Distortion @ PICC Putrajaya ( 8 Jun 2014 )

WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ persembahan berkonsepkan retrospektif akustika yang menampilkan Awie (vocal), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drums), WINGS juga akan bersama beberapa orang pemuzik profesional sebagai pemuzik undangan iaitu Lee Sze Wan (piano), Hillary Ang (gitar), Edrie Hashim (gitar), Mozihan Tukimon (gitar), Izat (perkusi) dan 3 orang penyanyi latar. 

Persembahan kali ini agak istimewa kerana bersempena dengan pelancaran album studio mereka yang ke 17 iaitu ‘MENAKLUK KOSMOS’ pada pertengahan Mei 2014. WINGS akan membawakan hampir 18 buah lagu lagu popular mereka dan lagu lagu rock popular sekitar dekad 80an dan 90an dalam rendisi mereka sendiri pada konsert selama 120 minit ini.

Dengan Dewan Plenari, PICC bertaraf antarabangsa yang mampu memuatkan sehingga 2,500 penonton, ruang letak kereta percuma dan beberapa kemudahan sampingan yang lain, konsert WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ akan melakar satu lagi sejarah didalam karier WINGS yang bakal anda saksikan.

Tiket tiket untuk persembahan konsert WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ di PICC pada 8 Jun 2014 adalah seperti berikut :
RM99.00 | RM149.00 | RM199.00 | RM249.00 | RM299.00

Untuk tempahan melalui telefon, sila hubungi talian : 03 - 8887 6000
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui email : event.booking@picc.com.my

-www.ezitix.net

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.