Thursday 17 April 2014

Langkah Ceria @ Putrajaya ( 20 April 2014 )



Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Nestle Sdn. Bhd. akan menganjurkan PROGRAM LANGKAH CERIA @ PUTRAJAYA bersama MALAYSIA BREAKFAST DAY 2014 di Dataran Putrajaya, Presint 3,  Putrajaya pada 20 April 2014 (Ahad).

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilakukan oleh pihak PPj secara berperingkat mulai 16 April 2014 (Rabu) bermula jam 3.00 petang sehingga 20 April 2014 (Ahad) jam 12.00 tengah hari bagi laluan persimpangan masuk ke Dataran Putrajaya, Presint 3. Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik acara tersebut.  Adalah dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Sila hubungi Encik Mohamad Sujairi bin Mohd Ishak di talian 03-88877547 untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut.

Maklumat lanjut mengenai acara ini sila layari www.ppj.gov.my/www.putrajaya.gov.my atau www.facebook.com/putrajaya.

-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.