Monday 3 March 2014

Konsert Teaterikal Suara Kita @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 3~9 Mac 2014 )



Tarikh: 3~9 Mac 2014
Masa: 8.30pm (3~8 Mac 2014) dan 3.00pm (8~9 Mac 2014)
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur
Tiket: www.ticket2u.biz
NOSTALGIA, itu merupakan predikat yang tepat dalam pengisian pementasan teater muzikal 'KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA' yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 3 hingga 9 Mac 2014.

SUARA KITA menampilkan gandingan 3 bintang yang tidak pernah hilang sinarnya; Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang bakal berkongsi pentas. Teater muzikal ini akan menjadi pengubat kerinduan para peminat kepada ketiga-tiga bintang ini.
Melalui gabungan tiga nama ini di dalam layar perak, industri filem Melayu telah melakar sejarah dengan menghasilkan kutipan sebanyak RM 4.2 juta. Ini adalah hasil gabungan tiga jiwa, suara dan populariti Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira sebagai watak utama yang membintangi filem 'Sembilu', yang pernah menjadi ikon percintaan anak muda malah mencipta suatu fenomena dua dekad yang lalu.
Seperti membukukan sejarah, KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA bakal mengimbau kembali momen kegemilangan 5 buah filem Melayu iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Merah dan Maria Mariana 2 yang akan menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan adegan dan lagu yang akan berisi momen-momen tersendiri buat khalayak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka.
Penampilan dan suasana set pentas Konsert Teaterikal ini akan bertemakan 'English and Italian elegant' yang segar, dibawakan ke pentas yang berprestij ini dan dilatari visual menarik ... mengiringi senarai repertoire KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA. Akhir kata, konsert ini adalah sebuah persembahan yang wajar dijadikan satu lagi momen istimewa buat para peminat tegar Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. 

Kedudukan kerusi dan harga tiket
Harga diskaun 'early bird' sehingga 1 Feb 2014 dan harga selepasnya.

Acara 'Post-party' pada 9 Mac 2014, 9 malam 
Buat pertama kali pada mana-mana event di negara ini; Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain mengajak anda ke acara post party mereka.  Pass untuk acara tersebut dijual secara berasingan pada harga RM 150 seorang. Penjualan pass tersebut adalah terbuka kepada pembeli semua kategori tiket
-www.ticket2u.biz

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.