Tuesday 17 December 2013

Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Bersama Bintang ( 24~26 Januari 2014 )


Tarikh: 24~ 26 Januari 2014

Masa: 8.30 malam

Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur

Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Bersama Bintang akan menampilkan artis legenda 60-an terkenal tanah air iaitu Dato' A. Rahman Hassan, Dato' Jefrydin, L. Ramli dan A. Halim. Mereka adalah antara artis tanah air yang telah mencipta fenomena Pop Yeh-yeh di era 60-an. 

Konsert istimewa ini selain mengangkat era 60-an, turut menggabungkan lagu-lagu irama Malaysia yang sarat dengan nilai budaya dan juga menitikberatkan elemen-elemen 1 Malaysia.

Sebagai penghargaan Istana Budaya memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di pentas Panggung Sari Istana Budaya dengan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka. Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Bersama Bintang ini akan diiringi sepenuhnya oleh Orkestra Tradisional Malaysia di bawah pimpinan Konduktor Yazid Zakaria bagi mengangkat persembahan ini menjadi sebuah pementasan eksklusif.


-www.AirAsiaRedtix.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.