Thursday 24 October 2013

Kesaktian Anak Raja Gondang @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 29 Nov ~ 2 Dis 2013 )



Makyung kali ini menampilkan ‘Kesaktian Anak Raja Gondang’ yang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut.
Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan.
Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang di mana dia telah bertemu dengan 7 orang puteri ketika mereka bersiram di Kolam Banjaran. Anak Raja Gondang tatkala bertemu telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang telah pun bertunang.
Apakah kesudahannya? Adakah kesaktian Anak Raja Gondang dapat menakluk hati Puteri Bongsu?

Barisan Pelakon 
    • Rosnan Rahman sebagai Pak Yong / Batak / Anak Raja Gondang
    • Vanidah Imran sebagai Puteri Sulong
    • Sofea Jane sebagai Puteri Bongsu
    • Sabri Yunus sebagai Peran Muda (Negeri 1)
    • Fazlisham- Isey (Bintang Mencari Bintang) sebagai Peran Muda (Negeri 2)
    • Che Kem (Mohd Kamarulzaman) sebagai Mak Rimau Besar Sarjan Kilat
    • Sufian Bujang (Pilih Kasih) sebagai Tok Penghulu

Tarikh: 29 November ~ 2 Disember 2013
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
-RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.