Friday 7 June 2013

Kunjungan rasmi Kapten James Anthony Tan ke Tourism Malaysia

Kapten James bersama Dato' Mirza, Ketua Pengarah Tourism Malaysia
photo: Malaysia Truly Asia facebook

6 Jun 2013, Putrajaya: Kapten James Anthony Tan berumur 22 tahun berasal dari Sungai Long, Kajang merupakan rakyat Malaysia yang pertama mengelilingi dunia dalam penerbangan solo menggunakan pesawat piston tunggal, Cessna P210.

Beliau juga telah menerima anugerah dari Guinness Book of Records sebagai juruterbang termuda yang telah mengelilingi dunia dalam program ‘1Malaysia Around The World’ pada 15 May 2013 di Kuala Lumpur. Pada ketika itu, beliau berumur 21 tahun 344 hari.

Beliau telah tiba di Tourism Malaysia hari ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia diatas sokongan yang diberikan oleh pihak Tourism Malaysia yang telah banyak membantu beliau dalam ekspedisi tersebut.

Ekspedisi yang memakan masa 48 hari merentasi 21,000 batu nautika serta 20 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Russia, Canada, Pakistan, Arab Saudi, Itali, Perancis serta United Kingdom berakhir dengan pendaratan beliau di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada 14 May 2013.

Beliau juga mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong beliau dalam ekspedisi yang bersejarah tersebut.


photo: Malaysia Truly Asia facebook


photo: Malaysia Truly Asia facebook
-Tourism Malaysia Cuti-cuti 1Malaysia facebook.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.